Kuasa Tumbuhan
Menggunakan tumbuhan untuk mengekstrak nikel dari tanah dan kemudian menukar nikel itu menjadi keluli tahan karat mungkin terdengar seperti fiksyen sains, tetapi itulah yang dibangunkan oleh Botanickel.
Visi Kami
Semuanya bermula dengan tumbuhan…
Untuk terus hidup di dalam tanah yang mengandungi logam secara semula jadi, tumbuhan tertentu telah berevolusi dengan keupayaan luar biasa dengan menumpukkan logam setelah mengekstraknya dari tanah melalui akarnya. Sudah lama dianggap sebagai cerita rekaan, penanaman tumbuhan ini kini merupakan alternatif yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab membekalkan nikel untuk industri keluli tahan karat.
Berpandukan kepada visi yang jelas, Botanickel ingin menjadi peneraju dalam pengeluaran nikel berasaskan bio melalui pembangunan rantaian nilai yang lengkap – dari tumbuhan hingga ke pengeluaran keluli tahan karat – yang dibangunkan dengan menghormati pembangunan bersama, biodiversiti dan iklim.
Pendekatan Kami
Penghasilan Nikel Dari Sumber Bio Dengan Betul Aktiviti Botanikel direka bentuk untuk memenuhi keperluan dan menyahut cabaran dunia yang menyedari kekangan sumber planetnya, merangkumi rantaian nilai yang inovatif, mesra alam serta berkongsi nilai dalam jangkamasa panjang.
- Pemulihan dan penambahbaikan tanah yang memberikan hasil pertanian yang rendah kerana kehadiran nikel
- Pengeluaran tenaga boleh diperbaharui daripada biojisim yang dituai
- Pemulihan dan penulenan nikel yang diekstrak untuk digunakan dalam pengeluaran keluli tahan karat
- Pengeluaran baja berasaskan bio

Pembangunan dan penyebaran aktiviti ini di seluruh dunia akan dijalankan dengan kerjasama rapat dengan penduduk dan komuniti tempatan.
Suatu Usaha Bersama
Suatu Matlamat Dikongsi Bersama
Berlandaskan sepenuhnya kepada pendekatan agronomi, Botanickel menggabungkan kepakaran saintifik yang diiktiraf di peringkat global daripada Econick dengan keunggulan industri dan operasi daripada Aperam.

Sebagai pengeluar keluli tahan karat bertaraf antarabangsa, Aperam membawa kepakaran dan ketegasan dalam pengurusan alat perindustrian. Komited sepenuhnya terhadap pembangunan mampan, kerjasama ini mencerminkan hasrat Aperam untuk mengintegrasikan semua aspek ESG dalam strategi industrinya untuk jangkamasa panjang.
Usaha sama Botanickel melengkapkan komitmen Aperam untuk memaksimumkan kitar semula bahan mentah.

Berlatar belakangkan dunia akademik dan diiktiraf sebagai rujukan utama global dalam bidang ini, Econick terlibat secara aktif dalam usaha sama ini terutamanya melalui pengetahuannya yang mendalam mengenai varieti tumbuhan sasaran, pendekatan yang menyeluruh terhadap keseluruhan rantaian nilai serta komitmennya terhadap perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari.
Komitmen Kami
Menghormati alam sekitar, mengurangkan pelepasan karbon, menyokong ekonomi kitaran dan memperkasa komuniti tempatan: Botanickel membawa keluli tahan karat mampan ke tahap yang baharu.
Rujukan
Sebagai perintis dalam aktiviti pengekstrakan nikel melalui tumbuhan, Botanickel berazam untuk menjadi rujukan dalam pengeluaran nikel berasaskan bio dan, dengan berbuat demikian, membawa tahap kebolehkitaran dan kelestarian alam sekitar yang belum pernah dicapai kepada pengeluaran keluli tahan karat.
Pembangunan bersama
Melibatkan komuniti tempatan merentasi keseluruhan rantaian nilai adalah nadi strategi Botanikel. Kami akan membangunkan peluang dalam penyelidikan, pendidikan, latihan, pekerjaan dan pengeluaran tenaga yang sejajar dengan keutamaan tempatan.
Biodiversiti
Penanaman tumbuhan hiperpenumpukan asli menurut prinsip agroekologi akan membantu memperbaiki tanah yang secara semula jadi tidak subur di samping memelihara persekitaran tempatan dan melindungi biodiversiti.
Iklim
Didorong oleh keperluan mendesak untuk mengurangkan pelepasan Gas Rumah HIjau (GRH) global, Botanickel berupaya menyumbang kepada pengurangan ketara pelepasan CO₂ yang berkaitan dengan pengeluaran feronikel dan seterusnya keluli tahan karat Aperam (Skop 3).
Hubungi Kami
Anda ingin tahu lebih lanjut atau berhubung dengan pakar kami? Klik pada butang dan isikan borang.